karangan
题目:Hari lahir
Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-12. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman Intan Baiduri. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dirancang oleh ibu dan kakak saya.
Saya juga sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja. Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan. Ramai kawan yang telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya pada petang itu.
Masanya telah pun tiba. Ibu meletakkan kek di atas meja. Ayah membacakan doa selamat bagi memberkati majlis hari lahir saya. Selepas itu, rakan-rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut memberikan hadiah kepada saya.
Kemudian, kami pun menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Antara juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, kuih-muih dan kek. Masing-masing begitu berselera kerana perut pun sudah lapar.
Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah membuat persembahan nyanyian. Selepas itu, kami telah menyusun kerusi dalam bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain kerusi muzik. Sesiapa yang gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan terkeluar daripada pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai aksi dan telatah rakan-rakan kami.
Seterusnya ialah acara membuka hadiah. Rakan-rakan saya dudukberkerumun sambil memerhatikan saya membuka satu persatu hadiah yang saya dapat. Saya berasa terharu kerana mendapat hadiah yang banyak dan berguna buat diri saya. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada saya.
Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.
Dab
回复删除I love this essay...It so helpful for my malay ............
回复删除good
回复删除