Translate

2015年3月28日星期六

karangan

题目:Diri saya

Diri Saya

            Nama saya Kong Ying. Saya berumur 10 tahun. Saya belajar di Tahun 4 Pintar. Saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yong Peng 2. Saya tinggal di Taman Bandar Cahaya Baru. Setiap hari, saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
            Keluarga saya mempunyai lima orang ahli iaitu bapa, ibu, dua orang adik dan saya. Bapa saya seorang pekebun. Ibu saya pula seorang suri rumah tangga. Kami sekeluarga hidup dalam keadaan yang  bahagia.
            Di sekolah, saya mempunyai banyak kawan. Antaranya, kawan yang paling rapat dengan saya ialah Pang Yu Xuan. Kami selalu duduk bersama untuk berbincang tentang pelajaran. Selain itu, kami juga selalu mengulang kaji bersama-sama pada waktu rehat di perpustakaan sekolah.
            Hobi saya ialah bermain badminton. Tiap-tiap petang, saya akan bermain badminton bersama dengan kawan-kawan saya. Kami bermain badminton di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya. Melalui aktiviti ini, saya telah mengenal banyak kawan yang baru.
            Di samping itu, buah yang paling saya suka makan ialah tembikai. Saya suka makan buah ini adalah kerana ia sungguh berkhasiat. Tembikai juga boleh dimakan bagi mengurangkan dahaga ketika cuaca panas.
            Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru agar dapat memberi didikan kepada anak murid kita. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.



没有评论:

发表评论