Translate

2015年3月28日星期六

作文

题目:梦想

梦想


梦——是给那些只会空空想而不做的人准备的;想——是给那些做到一半却放弃的人挥霍的;可梦想——是给那些拥有梦、并且拥有一双翅膀的人去实现的。
周恩来少年时代饱经家境衰落的困苦,目睹国事日非的惨状,激发了他立志救国的远大志向:为中华之崛起而读书。因为有这个梦想成为它的动力,他如饥似渴的吸取新知识,追求新思想,奋发学习,博览群书。梦想就是成功的基石没有梦想,就没有动力,又何来成功?
梦想需要翅膀
如果只拥有梦想,而不用努力去实现的话,也只是空想。多少成功人士的背后留下了刻苦的汗水,那些明星,我们只看到了他们辉煌的一面,却不知他们成功背后付出的艰辛。每个人都拥有梦想,但不是每个人都可以实现自己的梦想。梦想需要翅膀才能飞翔,而那双翅膀就是我们对梦想追求途中付出的努力与艰辛!
别让翅膀折翼
在追求梦想的旅途中难免会有挫折,但只要我们不放弃不言弃,就会成功!美国总统林肯在竞选中,一次次的失败,并没有让他放弃,他坚持了下来,在追求梦想的途中,他将受过的嘲笑和轻视成为自己向上的动力,最终,他向全人类证明了,他成功了!不要在追求梦想的途中放弃,别让梦想的翅膀折翼!
让梦想飞翔
当我们成功的那一刻,也就是我们梦想起飞的那一刻,因为我们给了它一双美丽的的翅膀。而梦想起飞的那一刻,也是我们一生中最快乐的一刻!那一刻,我们也证明了:我们的梦想不是空想!
在从梦和想成为梦想的途中,我们明白了,立志+努力+坚持=成功!
karangan

题目:Diri saya

Diri Saya

            Nama saya Kong Ying. Saya berumur 10 tahun. Saya belajar di Tahun 4 Pintar. Saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yong Peng 2. Saya tinggal di Taman Bandar Cahaya Baru. Setiap hari, saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
            Keluarga saya mempunyai lima orang ahli iaitu bapa, ibu, dua orang adik dan saya. Bapa saya seorang pekebun. Ibu saya pula seorang suri rumah tangga. Kami sekeluarga hidup dalam keadaan yang  bahagia.
            Di sekolah, saya mempunyai banyak kawan. Antaranya, kawan yang paling rapat dengan saya ialah Pang Yu Xuan. Kami selalu duduk bersama untuk berbincang tentang pelajaran. Selain itu, kami juga selalu mengulang kaji bersama-sama pada waktu rehat di perpustakaan sekolah.
            Hobi saya ialah bermain badminton. Tiap-tiap petang, saya akan bermain badminton bersama dengan kawan-kawan saya. Kami bermain badminton di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya. Melalui aktiviti ini, saya telah mengenal banyak kawan yang baru.
            Di samping itu, buah yang paling saya suka makan ialah tembikai. Saya suka makan buah ini adalah kerana ia sungguh berkhasiat. Tembikai juga boleh dimakan bagi mengurangkan dahaga ketika cuaca panas.
            Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru agar dapat memberi didikan kepada anak murid kita. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya.






karangan


题目:Hari lahir


 


Pada hari Sabtu yang lepas, saya telah mengadakan majlis sambutan hari lahir yang ke-12. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang terletak di Taman Intan Baiduri. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dirancang oleh ibu dan kakak saya.

Saya juga sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menghias dan menggantung belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja. Kemudian, saya membantu kakak menghidang pelbagai jenis makanan. Ramai kawan yang telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya pada petang itu.
Masanya telah pun tiba. Ibu meletakkan kek di atas meja. Ayah membacakan doa selamat bagi memberkati majlis hari lahir saya. Selepas itu, rakan-rakan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir untuk saya. Mereka turut memberikan hadiah kepada saya.

Kemudian, kami pun menikmati juadah yang terhidang di atas meja. Antara juadah tersebut seperti nasi beriani, ayam goreng, kuih-muih dan kek. Masing-masing begitu berselera kerana perut pun sudah lapar.

Setelah beberapa minit menikmati hidangan, beberapa orang rakan saya telah membuat persembahan nyanyian. Selepas itu, kami telah menyusun kerusi dalam bentuk bulatan untuk mengadakan aktiviti bermain kerusi muzik. Sesiapa yang gagal duduk di kerusi apabila muzik dihentikan, akan terkeluar daripada pertandingan tersebut. Kami tertawa geli hati apabila melihat pelbagai aksi dan telatah rakan-rakan kami.

Seterusnya ialah acara membuka hadiah. Rakan-rakan saya dudukberkerumun sambil memerhatikan saya membuka satu persatu hadiah yang saya dapat. Saya berasa terharu kerana mendapat hadiah yang banyak dan berguna buat diri saya. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada saya.

Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Pasti majlis ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya.
karangan

题目:hari guru-guru

RABU, 16 MEI 2012 

7.30 pagi 
Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah untuk meraikan majlis sambutan Hari Guru 2012. Lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu rasmi sekolah dinyanyikan sebelum bacaan Ikrar oleh Mohd Rafiq bin Sabaruddin, selaku Ketua Pengawas. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Azril. 

7.40 pagi 
Acara dimulakan dengan ucapan GPK 1 iaitu Pn. Hajah Puspa Dewi, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian Tuan Guru Besar, En. Awang Satip bin Md. Salleh menyampaikan ucapan dan seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. 

8.40 pagi 
Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk acara sukaneka. Guru dan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat, sebaliknya mereka hanya menjadi penonton. Seterusnya, sukaneka dijalankan dengan beberapa acara yang menarik. Aktiviti berjalan lancar dan semua kelihatan gembira dan mengambil bahagian. 

10.00 pagi 
Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan para guru menikmati ais krim dan pelbagai jenis kuih-muih yang disediakan di kantin sekolah. 

10.40 pagi 
Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan gemuruh daripada semua murid. 

12.00 tengah hari 
Upacara penyampaian hadiah bagi acara sukaneka . Kumpulan 5 telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Abu Kasim bin Kamat. 

12.40 tengah hari 
Murid yang berminat beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan para guru secara bergilir-gilir.

01.10 tengah hari 
Semua murid dibenarkan balik . Para guru diraikan pula dalam satu jamuan makan tengah hari sempena Hari Guru.

nilai murni
添加图片说明